Thursday, 21 August 2014

Dunia dan Akhirat.


Perbaiki urusan dalamanmu, Allah akan baiki urusan luaranmu. Perbaiki hubunganmu dengan Allah, Dia akan baiki hubunganmu dengan manusia. Beramallah untuk akhiratmu, Allah akan jamin urusan duniamu. Juallah duniamu dengan akhirat, engkau akan beroleh keuntungan kedua-duanya. Jangan jual akhiratmu dengan dunia, kelak engkau akan rugi kedua-duanya.





APA ITU TAHNIK?



Memamah kurma & menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Antara hikmah bertahnik ialah bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahang bayi dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi.

Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. Mudah.-mudahan bayi itu akan mengikut jejak langkah beliau.
(Rujuk kitab Tarbiyat Al-Aulad, karya Abdullah Alwaan, jilid 1, m/s 77)

ISU BOIKOT : "CARA HIDUP YAHUDI VS PRODUK YAHUDI"



Soalan :
Yang mana lebih utama? Boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi?


Jawapan :
Dua-dua afdal.


Soalan :
Tapi yang mana lebih utama?


Jawapan :
Boikot cara hidup mereka.


Soalan :
Kenapa?


Jawapan :
Seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani. Kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah, Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban. Kalau Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret, Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali. Kalau Nabi S.A.W dapat tahu yahudi puasa 10 muharam, Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani.


Soalan :
Tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi?


Jawapan :
Itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi jugak kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita, bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar.


Soalan :
Jadi apa patut kami buat?


Jawapan :
Buatlah dua-dua tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani. Pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia dan dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah, penuhkan masjid, hidupkan malam dengan nama Allah, hidupkan amalan sunnah, menjaga aurat, menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA. Baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda-ganda dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W. tapi apa-apa pun semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita.


(Pesanan dari Asatizah)

Sihir Moden


Senario sihir zaman moden berkembang maju seiring dgn kemajuan teknologi. Ada juga diubahsuai supaya nampak benar, lembut ditambah pula penggunaan ayat Al-Quran. Ditambah pula dengan kepandaian berhujah untuk menarik minat orang ramai. Hujah biasa seperti :
"...kan pakai ayat quran"
"...kan ada kalimah la ilaha illallah"
"...kita ikhtiar je, Allah yang menentukan"
"...kuasa Allah"
"tak apa, ni darurat..."


Antara contoh sihir yang seiring dengan zaman moden :
1. Pukau melalui Facebook.
2. Pukau melalui air minuman yang belum dibuka tutupnya.
3. Sihir melalui panggilan telefon.
4. Sihir hanya melalui SMS.
5. Menilik menggunakan telefon atau apa-apa skrin pun atau apa-apa material yang boleh refleks semula imej.
Sihir bermediumkan bahan-bahan yang kita tak terfikir seperti pen, tudung saji, chewing gum dan sebagainya.


(Ustaz Hanit Kansary Ansary)




Kasih Pada Ya Rasulullah SAW



"Aku lebih rela kakiku dipatuk ular berkali-kali daripada membuat Baginda tersedar dari tidurnya dipangkuanku."


Tatkala kakinya terasa begitu sakit dipatuk ular, tanpa disedari air mata Saidina Abu Bakar As-Siddiq jatuh terkena pipi Rasulullah SAW.


Maka baginda terjaga lalu bertanya...
"Kenapa engkau Menangis ya Abu Bakar?"
"Kakiku sakit dipatuk ular." jawab Abu Bakar As-Siddiq.


Maka, baginda pun menggunakn sedikit air liur dan tanah yang ada lalu diubati kaki Abu Bakar. Berkahnya air liur baginda, sembuh serta merta kaki Abu Bakar.
Subhanallah...


(Habib Jindan bin Novel bin Salim Jindan)




Manusia Buta Mata Hati



Antara punca manusia buta mata hati adalah :

1 . Melihat sesuatu dan tidak pernah memikirkan apa yang dilihat .
2 . Membaca Quran namun tidak memahami isi kandungan Quran.
3 . Tidak mahu muhasabah diri .
4 . Suka mencari kesalahan orang lain.
5 . Solat tidak khusyuk .
6 . Menggunakan lidah untuk kejahatan dan maksiat .
7 . Suka membuang masa.
8 . Beribadat tanpa ilmu .
9 . Membaca Quran dengan tajwid yang salah.
10 . Tidak mengingati mati.
11 . Makan sumber haram .
12 . Tidak menghadiri majlis ilmu.
13 . Suka hiburan yang melalaikan.
14 . Kurang berzikir.
15 .Tidak berteman manusia salih .
16 . Mengamalkan sifat mazmumah .
17 . Menjauhi sifat Mahmudah.
18 . Tidak bersyukur dengan rezeki.
19 . Hanya bergaul dengan manusia setaraf.
20 . Memandang hina manusia yang mempunyai kekurangan .



Wednesday, 20 August 2014

Kenangan di Pesta Buku 2014 di PWTC

         

Mama, saya dan adik di Pesta Buku PWTC. Seronok! 
Dapat beli banyak buku-buku yang menarik, murah2, dan dapat jumpa penulis lagi!
Tapi, PWTC ni besor sangat, sampai sesat dibuatnye, jarang pergilah kata kan...
hehehe  >_<
Harap2, tahun depan dapat pergi sana lagi.
ok, Mama?

Wednesday, 13 August 2014

Tugasan Pertama (Buat Blog)


Bismillahirrahmanirrahim...
Nama saya Liana Hani Binti Lokman Hakim Loke. Ini merupakan entri pertama saya dalam tugasan blog saya.

^_^