

Puasa hari
Arafah, 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak
menunaikan haji, iaitu bagi yang bukan jemaah haji.
Terdapat beberapa kelebihan berpuasa pada Hari 'Arafah dan keistimewaannya. Diantaranya ialah:
1. Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah SallAllahu `Alaihi Wa Sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)
.
2. Hari
Kemuliaan
Di antara
kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.
Firman Allah
SWT:
وَالسَّمَاءِ
ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan
hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir
menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (Surah Al-Buruj: 1-3)
.
Rasulullah
SAW bersabda: “Makhluk-makhluk
yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang
disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada
kita.” (Ad-Dur
al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).
.
Begitu juga
Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:
وَالْفَجْرِ
﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢
“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan
di sisi Allah).” (Surah
Al-Fajr: 1-2)
.
Menurut
Abdullah bin Zubair: “Dari 1
Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).
.
.
3. Hari
Disempurnakan Agama-Nya
Hari Arafah
adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya,
dan melengkapkan nikmat-Nya:
الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ
الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah:
3).
.
.
4. Hari
Bulan Suci
Hari Arafah
adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:
إِنَّ
عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ
يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ
ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ
“Sesungguhnya
bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama
yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan
yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).”
(Surah At-Taubah: 36).
.
.
5. Hari
Beramal Soleh
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tiadalah
hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu
hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai
Rasulullah..Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak
dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan
hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan
hartanya itu (menemui syahid).” (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud
dan Ibn Majah) “.
.
.
6. Hari
Pembebasan
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Hari Arafah
adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api
neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para
malaikat.
.
.
7. Hari
Permohonan Doa
Hari Arafah
adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang
Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung
ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah
diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu
Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini.
Baginda SAW bersabda:
“Sebaik-baik
doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul
sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …” (Riwayat at-Timizi).
Niat Puasa Hari
Arafah:
"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah
Taala."
Bagi jemaah
haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai
mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya tetap kuat dan gagah
untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Oleh itu, ayuhlah kita rebut peluang untuk berpuasa sunat di hari 'Arafah ini bersamaan dengan 4 Oktober, Sabtu. Jom kita puasa! ^_^


.gif)


.jpg)


.gif)
.jpg)


